iklan churp-churp

heart beat

Tuesday, July 24, 2012

aku, hati dan gunung

hai alls..

aku rasa kalau korang ada baca entri2 aku yg sebelum ni..aku ada bubuh gambar aku naik gunung kan..hari ni aku rasa rindu pulak dengan gunung..trekking..pacat..penat..lumpur..makan..
semua lah mengenai mountain climbing..

aku nak share jugak pengalaman aku yang x seberapa ni..buat tatapan semua..kalau2 ade yang berminat nak baca kan..aku sekadar berkongsi je..

EXPEDITION YONG YAP - BUBU - KAYUNG - TOK NENEK

Gunung Yong Yap merupakan salah satu gunung dalam senarai G7 iaitu 7 gunung ni Semenanjung Malaysia yang berketinggian 7000 kaki ke atas

preparation (Kem Sungai Pauh, Cameron Highland)

river crossing - tak ingat sungai apa

..how we eat..
aku yang pakai jaket pink tu..masa ni aku demam..hujan lebat..tido pun pakai rain coat..sebab waktu tido air hujan jatuh atas kepala..once in a life time..kalau tak silap aku masa ni dekat Kemsite Lopak..

trekking dalam hujan
ada orang tak berapa suka trekking waktu hujan..kalau aku memang aku tak kesah..kalau hujan banyak air..tak berapa penat sebab sejuk je..cuma trek agak lecak dan baju dengan seluar yang pakai waktu trekking memang macam belacan ! tak semua orang dapat rasa pengalaman ni..

best shoot..Puncak Gunung Tok Nenek
tak ada gambar dekat puncak Yong Yap untuk trip kali ni sebab cameraman tak naik..kesian beliau terpisah dengan group sebab ada yang injured..tapi kitorang tak tido dekat puncak Yong Yap pun..lepas kami turun dari Puncak Yong Yap kami jumpa balik beliau untuk sambung perjalanan je 3 gunung selepas tu..

tapi kami pergi Yong Yap sekali lagi lepas tu..tido dekat puncak..subhanallah..cantik !

puncak Gunung Bubu
hujan sangat lebat waktu kat puncak Bubu..sebab tu semua pakai rain coat..ada yang pakai poncor (kuning)..ada jugak yang kes2 kecemasan..terpaksa guna plastik sampah..

bila dekat tempat2 macam ni..badan kena panas..
takut terkena hipothermia..atau sejuk melampau..bahaya !

 masa last day dari Puncak Tok Nenek nak ke kampung orang asli..buluh runtuh..dekat 5 jam trekking dalam buluh..merangkak berguling gelongsor tergolek..semuanya buluh..pengalaman..

Alhamdulillah kami selamat keluar dari hutan jam 10.30 malam

piece of me that I miss the most !

awak kan baik..comment lah ye..like pun boleh..share lagi bagus

3 comments:

dah baca comment tau..awak kan baik =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...