iklan churp-churp

heart beat

Friday, September 21, 2012

resepi cheesecake simple by SCA

hai alls..

entri ni saja nak kasi siapa2 yg suka makan cheese cake JELES ! mmg sengaja..haha

malam semalam aku terlebih rajin..duduk dapur..masuk itu masuk ini

tadaaaaa

jadilah cheesecake !

cheesecake by SCA

BAHAN-BAHANNYA

untuk kek :
500g cheese cream 
50g gula icing/gula halus (mangkuk 1)
200g whipping cream
5biji telur (asingkan kuning dengan putih)
120g tepung halus/tepung gamdum di ayak
1sudu teh esen vanila
100g gula icing/halus (mangkuk 2)
secubit cream of tartar

untuk bahagian bawah (optional)
2bungkus besar oreo (dibuang inti dan blander hancur)
3sudu besar butter (agak2 cukup untuk adun oreo supaya boleh dikepal)

Cara buat :
1. Panaskan oven dan lenserkan loyangA (saiz 9inci) dan balut bahagian luar loyangA dengan aluminium foil.
2. Campur kedua2 bahan 'bahagian bawah' dah ratakan di dasar loyangA. Simpan dalam peti sejuk.
3. Dalam mangkuk 1, putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula (50g) dah putar lagi lebih kurang 1minit, masukkan whipping cream dah putar sampai licin lebih kurang 2 minit. Masukkan kuning telur dan esen vanila kemudian putar hingga sebati. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk 2, (pastikan bersih dan kering) pukul putih telur hingga berbuih kesemuanya (3minit), masukkan gula (100g) dan secubit cream of tartar. Teruskan putar hingga menjadi "soft peak". Maksudnya, tarik pemutar keluar daripada adunan, dan adunan tersebut akan menjadi tanduk yg melentok dan tidak tercacak.
5. Gaul bahan dalam mangkuk 2 ke dalam mangkuk 1 sedikit demi sedikit menggunakan teknik kaup balik hingga rata dan tuang dalam loyangA tadi.
6. Ambil loyangB iaitu loyang yg lebih besar dari loyang A. Masukkan air panas lebih kurang separuh dan masukkan loyangA ke dalam loyangB. Kaedah ini dinamakan "waterbath". Bakar dalam oven lebih kurang 1jam / hingga tiada baki kek melekat bila lidi dicucuk ke dalam kek.
7. Bila dah masak, tutup suis oven, keluarkan loyangB dan tinggalkan loyangA shj dalam oven sambil pintu oven direnggangkan. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais..
8. Sedia untuk makan !!

p/s : aku pun 1st time cuba buat tapi Alhamdulillah menjadi..so TIADA alasan TAK pandai buat kek untuk gadis2 di luar sana..yang ada cumalah alasan MALAS !

nnt kalau dah buat bgtau tau..nak sikit..hehe

ok bai




awak kan baik..comment lah ye..like pun boleh..share lagi bagus

1 comment:

  1. perghh.macam sedap je...nanti nak try r..

    sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete

dah baca comment tau..awak kan baik =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...